Program 'Train Of Trainer' Kempen Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709)

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2019 telah berlangsungnya Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) di Pusat Internet Malaysia Gunung Hilir melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet daripada Kedah dan Perlis di bawah rangkaian Maxis.

Program ini berkonsepkan ‘ToT’ (Train of Trainer) bagi membolehkan Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet memahami maklumat asas mengenai kesedaran perlindungan data peribadi (Akta 709) dan seterusnya melaksanakan program lanjutan di Pusat Internet masing-masing bagi mendedahkan maklumat ini kepada komuniti setempat terutamanya usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian yang melibatkan transaksi urusniaga.

Pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada para usahawan tentang keselamatan ketika melakukan transaksi secara atas talian yang melibatkan data peribadi seperti nombor akaun dan butiran peribadi. Ia bagi mengelakkan pihak ketiga menyalahguna maklumat berkenaan.

Program berakhir dengan sesi soal jawab dan pembentangan daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta dan sesi bergambar. Penyerahan cenderahati daripada Ybrs Encik Mazmalek Bin Mohamad kepada Pengurus Pusat Internet Gunung Hilir sebagai tanda terima kasih di atas anjuran tempat kursus ini dijalankan dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali